Thursday, January 22, 2009

Wanita KT Tak Sokong BN

Ketua Wanita Umno Terengganu, Wan Ramlah Wan Ahmad berkata, beliau merasa bimbang kerana ramai pengundi wanita di kawasan Parlimen Kuala Terengganu akan menolak Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya umum akan datang.

Katanya, mereka menyatakan perkara itu secara terbuka kepada perayu undi Wanita Umno sewaktu berkempen dalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu 17 Januari lalu.

kuala terengganu by election 170109 polling day wheelchairMenurutnya, lebih mengejutkan lagi kerana mereka adalah penyokong Umno dan mengundi parti itu dalam pilihanraya-pilihanraya sebelum ini.

"Saya tidak tahu mengapa mereka berkata demikian, tetapi perayu undi ada memberitahu, mereka kecewa dengan apa yang berlaku dalam pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu.

"Mereka mengadu tidak puas hati dengan pemilihan calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

"Mereka kata, tiada calon BN lainkah, asyik-asyik anak Datuk Wan Salleh...

"Ini kerana dalam pilihanraya umum lalu, abangnya, Datuk Wan Hisham telah bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ladang," katanya ketika dihubungi hari ini.

Wan Hisham tewas kepada calon PAS, Datuk Tengku Hassan Tengku Omar dalam pilihanraya umum lalu.

Wan Ahmad Farid kalah kepada calon PAS Mohd Abdul Wahid Endut dengan majoriti 2,631 undi. Beliau mendapat 30,252 undi manakala lawannya itu mendapat 32,883 undi.

Tidak dapat sambutan


Manakala calon bebas, Azharudin Mamat @ Adam hanya mendapat 193 undi dan sekaligus hilang wang pertaruhan.

Wan Ramlah juga berkata, ramai pengundi wanita juga mengadu mereka tidak senang dengan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said.

kuala terengganu by election voting day 170109 puteri umno 02Bagaimanapun, beliau tidak mahu menjelaskan lebih lanjut mengenai perkara tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, Wan Ramlah mengakui kempen Wanita Umno tidak mendapat sambutan.

"Kami jangka 15 orang hadir tetapi sekadar dua atau tiga orang sahaja.

"Mereka beri alasan masing-masing sibuk dengan tugas harian.

"Saya tidak tahu salah siapa tetapi Wanita Umno bahagian Kuala Terengganu tidak bekerja sebagaimana sepatutnya," katanya.

Kempen jentera Wanita Umno untuk pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu diketuai oleh ketua pergerakan itu, Tan Sri Rafidah Aziz.

Wednesday, January 21, 2009

BN kalah di KT kerana kurang mesra rakyat...


Imej negatif Umno dan sikap sesetengah pemimpinnya yang kurang mesra di mata rakyat, merupakan antara punca kekalahan Barisan Nasional dalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu minggu lalu, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

kuala terengganu by election najib visit razali house 140109 01Najib yang juga Timbalan Presiden Umno berkata Umno perlu mengubah budaya dan imejnya agar disenangi oleh rakyat, lapor Bernama.

"Pemimpin Umno di semua peringkat Umno mesti menunjukkan imej positif dan mesra rakyat," katanya.

Beliau memberitahu demikian selepas menyaksikan majlis penyerahan dokumen perjanjian bagi penstrukturan semula perkhidmatan bekalan air Negeri Sembilan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di Putrajaya.

Semalam Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Umno memerlukan faktor "wow" untuk memikat semula hati rakyat berikutan kekalahan calonnya dalam pilihanraya kecil itu.

Najib berkata rakyat menilai Umno berdasarkan hubungan mereka dengan pemimpin Umno di semua peringkat.


BN SEMAKIN KURANG PEMINAT

Rakyat, khususnya orang Melayu, kini muak dengan BN (Umno ) kerana parti itu gagal menyelesaikan masalah dalamannya sehingga gagal memainkan peranan membantu orang Melayu, kata .
Timbalan Pengerusi Umno Perlis, Datuk Zahidi Zainul Abdin.

Katanya, keadaan itu mendorong orang Melayu mengalihkan sokongan kepada pembangkang, terutama PAS dan PKR.

"Orang ramai kini melihat Umno sedang menghadapi pelbagai masalah,mahathir subang airport 220706 zahidi zainal abidinbukan sahaja di peringkat bahagian, tetapi juga di peringkat badan perhubungan.

"Berbanding dengan parti pembangkang, mereka bertindak menyelesaikan masalah mereka dengan segera.

"Oleh kerana itu, mereka lebih percaya kepada pembangkang sebagaimana yang ditunjukkan dalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu Sabtu lalu," katanya.

Zahidi berkata demikian ketika diminta mengulas kekalahan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu baru-baru ini.

Tidak yakin Umno


Wan Ahmad Farid kalah kepada calon PAS Mohd Abdul Wahid Endut dengan majoriti 2,631 undi. Beliau mendapat 30,252 undi manakala lawannya itu mendapat 32,883 undi.

Manakala calon bebas, Azharudin Mamat @ Adam hanya mendapat 193 undi dan sekaligus hilang wang pertaruhan.

Ketika mengulas kekalahan tersebut, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata pemimpin Umno kurang mesra rakyat.

Manakala Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula berkata, Umno sudah kehilangan daya penarik khususnya kepada pengundi muda.

Mengulasnya, Zahidi yang juga ketua Umno bahagian Padang Besar, Perlis berkata, apa yang berlaku sekarang ialah rakyat telah kurang keyakinan kepada Umno untuk menyelesaikan masalah mereka.

Tarik sokongan Melayu

"Bukan kerana pemimpin tidak mesra. Tetapi masalah dalaman ini tidak pernah selesai... bayangkan masalah semasa pilihanraya umum lalu belum selesai, begitu juga dengan masalah yang berlaku dalam mesyuarat perwakilan bahagian November lalu," katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Selangor, Syukur Idrus berkata, Umno perlu memikirkan bagaimana untuk menarik semula sokongan orang Melayu dalam pilihanraya umum akan datang.

Kini, katanya, orang Melayu tertanya-tanya adakah Umno telah melakukan yang terbaik untuk mereka.

"Jika kita tidak melakukan apa-apa untuk menarik sokongan Melayu, tidak mustahil kita akan kalah lebih teruk dalam pilihanraya umum akan datang," katanya.

Syukur yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuang, Selangor berkata, ahli Umno perlu mengukur diri adakah mereka benar-benar melakukan yang terbaik untuk parti.

Katanya, kalau mereka gagal menyakinkan orang Melayu, bagaimana mereka hendak menyokong Umno.

Monday, January 19, 2009

BN TIDAK SELAMAT DI TEMPAT SENDIRI


Analisa Kekalahan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu, Sabtu lalu menunjukkan kedudukan BN tidak lagi selamat walaupun di kerusi sendiri.

Ia juga menunjukkan, calon yang memegang jawatan timbalan menteri dan ketua Umno bahagian sekalipun, tidak semestinya menang dalam pilihanraya.

kuala terengganu by election polling day bn and pas candidates 170109Wan Ahmad Farid kalah kepada calon PAS Mohd Abdul Wahid Endut dengan majoriti 2,631 undi. Beliau mendapat 30,252 undi manakala lawannya itu mendapat 32,883 undi.

Manakala calon bebas, Azharudin Mamat @ Adam hanya mendapat 193 undi dan sekaligus hilang wang pertaruhan.

Namun kekalahan tersebut bukan sesuatu yang mengejutkan kerana sejak awal lagi beliau bukanlah pilihan terbaik untuk bertanding kerusi parlimen tersebut.

Dalam pilihanraya umum Mac lalu, calon BN Datuk Razali Ismail menang dengan majoriti 628 undi ke atas calon PAS, Mohamad Sabu dan seorang calon bebas.

Pemilihan Wan Ahmad Farid dikatakan atas kehendak Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana beliau pernah menjadi setiausaha politiknya.

Ditolak pengundi muda

kuala terengganu by election 170109 polling day outside school 02Ada pemimpin Umno bahagian sendiri sejak awal-awal lagi menyerang peribadinya sehingga menjadi isu utama pembangkang dalam kempen pilihanraya tersebut.

Faktor calon ini telah menjadi faktor utama kekalahan BN dalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu.

Di sana sini para pengundi bercakap mengenai sikapnya sehingga dikatakan telah mempengaruhi pengundi untuk menolaknya.

Tetapi kekalahan BN bukan sahaja disebabkan oleh faktor calon, tetapi terdapat banyak faktor lagi.

Strategi politik pembangunan yang dicanangkan sepanjang kempen pilihanraya kecil tersebut juga tidak menjadi, malah ditolak oleh pengundi muda.

Projek pembangunan besar-besaran yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak nampaknya tidak berkesan kepada lebih 80,000 pengundi di Kuala Terengganu.

Mungkin mereka sudah muak dengan pembangunan segera yang hanya tiba ketika musim pilihanraya. Golongan muda dan cerdik pandai dikatakan tidak boleh menerima sogokan sedemikian rupa.

Golongan muda mahu pembangunan jangka panjang secara tersusun termasuk peluang pekerjaan untuk mereka.

Ezam turut berkempen


Ramai golongan muda di Kuala Terengganu, termasuk lulusan pengajian tinggi, mengeluh mereka sukar untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan mereka.

kuala terengganu by election 150109 kubang ikan 01Agak menghairankan ceramah pemimpin BN termasuk Najib sendiri, kurang mendapat sambutan berbanding ceramah pemimpin pembangkang, khususnya ketua PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malah, kehadiran pemimpin lain BN seperti Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan Khairy Jamaluddin, juga tidak memberi kesan langsung kepada BN.

Khairy sendiri umpamanya tidak segarang ketika berkempen dalam pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh, Ogos lalu.

Barangkali orang yang paling menonjol menyerang pembangkang tidak lain tidak bukan ialah bekas ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd Noor.

Beliau datang menyerang Anwar sebagaimana di Permatang Pauh, tetapi kali ini beliau mendedahkan sepucuk surat yang didakwanya surat damai Anwar kepada mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ezam mendedahkan surat tersebut kononnya untuk menunjukkan sikap hipokrit Anwar iaitu memuji Dr Mahathir pada waktu siang tetapi memaki hamun pada malam hari.

Isu digemari pengundi

Ceramah-ceramah terbuka oleh pemimpin BN hanya dihadiri 100 hingga 200 orang sahaja. Malah sebahagiannya adalah petugas parti yang datang dari luar Terengganu.

Berbeza dengan ceramah pembangkang, khususnya cearmah Anwar, yang dihadiri oleh ribuan orang, khususnya golongan muda.

Anwar juga berjaya membawa isu yang digemari pengundi iaitu pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu, pembelian kapal selam dan Eurocopter.

kuala terengganu by election 160109 anwar ibrahimIsu-isu tersebut sedikit sebanyak berjaya menarik pengundi untuk mendekati PAS dan menjadikan ceramah-ceramah BN hambar dan sunyi.

PAS pula berulangkali memainkan isu pembaziran kerajaan negeri melalui projek Piala Monsun, Taman Tamadun Islam dan sebagainya.

Isu royalti minyak juga ditengahkan oleh pembangkang, khsususnya PAS, menarik minat sebahagian pengundi Kuala Terengganu.

Majoriti 2,631 undi yang diperolehi Abdul Wahid menunjukkan bahawa BN tidak lagi selamat di tempatnya sendiri.

Jika sesuatu tidak dilakukan segera, ada kemungkinan banyak lagi kawasan lain akan jatuh ke tangan pembangkang dalam pilihanraya umum akan datang.

Dalam pilihanraya umum lalu, lima negeri iaitu Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor jatuh ke tangan pembangkang.

Sunday, January 18, 2009

BN PERLU WASPADA

Sebelum ini, saya memberikan nisbah 45:55 kemungkinan berpihak kepada calon Barisan Nasional menunjukkan betapa saya juga merasai kesukaran yang bakal dilalui oleh calon pilihan 'kerajaan' dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu. Bahang pembangkang dan 'revolusinya' dalam PRK Kuala Terengganu terasa sangat dekat di Kuala Lumpur.
Antara catatan ringkas LM di sebalik kemenangan pembangkang antaranya;

1. Kerajaan memukul canang di dada media bahawa calon BN bakal ditawarkan jawatan dalam kabinet jika menang dalam PRK. Sebagai rakyat yang 'tertindas' oleh kemalaratan dan kacau bilau kos hidup, apa priority utama yang ingin 'orang-orang kerajaan' beritahu kepada rakyat yang rimas dengan keadaan kehidupan semasa mereka?

2. Penglibatan media massa secara besar-besaran dalam cubaan mempengaruhi pengundi. Artikel yang 'bias', mengambil ruang kolum luas menonjolkan 'kebaikannya' jika mengundi calon pilihan kerajaan. Harus diingatkan, kawasan tersebut bukan kubu kuat BN. Majoriti lepas hanya 628. Sejarahnya juga mencatatkan kawasan tersebut ditawan silih berganti antara PAS dan UMNO. Media massa kurang disenangi kerana disifatkan oleh orang kampung sebagai 'asyik bercakap besar'.

3. Mesej jelas kepada barisan kepimpinan BN dalam kabinet bahawa ada beberapa keputusan kerajaan yang tidak disenangi rakyat. Tidak dapat dinafikan dalam PRK, isu nasional tidak dapat dipinggirkan malah mempunyai peranan lebih besar berbanding dengan isu-isu tempatan. Barisan kabinet yang dipandang lemah, isu kronism, isu proksi, termasuk beberapa keputusan kerajaan yang membebankan rakyat Malaysia secara keseluruhannya. Mereka menjadikan PRK sebagai medan melempiaskan rasa tidak puas hati, 'sakit hati' oleh derita yang ditanggung akibat kos hidup yang melambung tinggi. Pertimbangan politik mereka bukan lagi ditentukan oleh siapa calon PAS, siapa calon UMNO tapi lebih kepada satu pernyataan jelas - mahu menyampaikan PESAN EMOSI yang tidak senang dengan kredebiliti kerajaan mentadbir bangsa dan negara.

Harus diingatkan juga, mentaliti seumpama ini sudah bersarang juga di jiwa anak-anak sabahan. Bukan kerana mereka tidak menyokong siapa yang memimpin mereka tapi kerana CARA mereka melaksanakan tanggungjawab politik yang tidak komitmen membawa keluar rakyat daripada kepompong kemiskinan terutama sekali di ceruk desa mana sekalipun. Ada projek yang dirancang baik tetapi lebih memberikan 'kebaikan' kepada kocek orang-orang tertentu. Manafaatnya tidak sampai kepada golongan sasaran. Mengapa sukar sangat untuk membangunkan kawasan sendiri?

Ada segelintir individu yang mahu jadi pemimpin tapi akhirnya tenggelam arah bila mengangkat beban antara KUASA politik, KUASA wang dan KUASA memimpin. Ini belum kita sentuh tentang soal komitmen, soal budaya kerja, soal keupayaan minda dalam melahirkan idea, soal dedikasi dalam melaksanakan tanggungjawab sosial dan soal pengorbanan.

RAKYAT PATUT PILIH BN

Sungguh tidak diduga kemenangan memihak kepada pembangkang di KT. Saya secara peribadi menjangkakan BN akan menang kerana mempunyai banyak kemudahan yang cukup berbanding dengan pembangkang. Namun keadaan disebaliknya berlaku. Ini bermakna politik bercorak ancaman atau menimbulkan spekulasi tentang pihak lawan bukan lagi cara terbaik untuk memikat hati pengundi.

Cukup jelas di sini BN bahawa kemampuan BN mulai pudar pada pandangan rakyat dan tidak lagi sehebat dahulu. Rakyat sepatutnya pilih BN kerana parti ini mempunyai pengalaman dalam mentadbir negara. Apa pun rakyat sudah matang menilai prestasi BN khususnya calon di KT baru-baru ini. Pengalaman mentadbir DUN dan kemesraan kepada rakyat menjadi tunjang kepada kemenangan calon pembangkang.

Permulaan tahun ini sangat menyedihkan bagi BN yang dihimpit dengan suara rakyat yang mendesak untuk membuat perubahan. Namun desakan itu seakan tidak mendapat perhatian dari pemimpin BN. Isu-isu yang berkait rapat dengan perlembagaan seperti martabat Bahasa Melayu tidak diambil kira oleh pucuk pimpinan BN. Sebab itulah rakyat di peringkat akar umbi seakan tidak percaya dengan kepimpinan sekarang. Di manakah perjuangan pemimpin dahulu? Ke manakah perjuangan Bahasa Melayu?

Walaupun sistem pendidikan kebangsaan menggariskan bahawa Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi dalam pelaksanaan dasar pendidikan namun pada hari ini jelas terbukti bahawa Bahasa Melayu bukan lagi bahasa utama dalam pembelajaran di sekolah khususnya di kelas-kelas aliran sains. Bayangkan sahaja jika pelajar itu memasuki kelas aliran sains, pelajar itu terpaksa meningkatkan penguasaan Bahasa Inggerisnya terutamanya untuk mempelajari mata pelajaran Matematik dan Sains tulin (Mathematics, additional Mathematics, Physic, Biology, Chemistry, EST dan English).Pelajar hanya belajar sejarah, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan Bahasa Melayu dalam Bahasa Melayu. penggunaan BI dominan dalam kelas-kelas aliran sains.

Dari segi psikologi, pelajar akan cenderung untuk menggunakan Bahasa Inggeris dalam pertuturan dan penulisan kerana keperluan yang mendesak mereka untuk lulus dalam SPM. Bahasa Melayu akan menjadi bahasa rojak pada peringkat ini.Bagaimanakah nanti selepas SPM?
BN perlu mengkaji dasar parti sekarang dan tidak membiarkan senario seperti di KT berulang lagi. Kekalahan demi kekalahn BN akan memudaratkan kerajaan dan seterusnya membawa kesan yang besar terhadap BN pada masa depan. Kepimpinan BN hendaklah memberi ruang kepada golongan profesional untuk sama-sama memberi idea dalam melaksanakan dasar kerajaan. Pemilihan calon yang cemerlang hendaklah menjadi keutamaan dan bukan kedudukannya dalam parti. Saya mengatakan demikian kerana pemimpin parti yang dipilih pada hari ini banyak bergantung kepada amalan melobi dan populariti. Rakyat hendaklah diberi peluang menerusi SMS untuk mencadangkan calon pilihan berdasarkan perkhidmatan cemerlang dalam kerajaan dan bukan parti. BN hendaklah memberi ruang kepada anggota kerajaan profesional untuk menjadi pemimpin dalam parti asalkan individu tersebut komited dengan tugasnya. Surat akujanji perlu diberi kepada kakitangan kerajaan yang berhasrat untuk menjadi AJK atau ahli Majlis tertinggi parti BN.

Saya sangat yakin anggota kerajaan yang cemerlang akan memberi khidmat cemerlang apabila diberi ruang untuk mentadbir sesuatu DUN.atau Parlimen. BN perlu membuka ruang kepada rakyat melibatkan diri dalam perjuangan BN.

Saturday, January 17, 2009

BN KALAH PSIKOLOGI

Sebagai pemerhati politik tanah air, saya agak kecewa dengan kekalahan BN di KT memandangkan Parlimen itu adalah milik BN sebelum ini. Propoganda BN juga sangat meyakinkan bahawa BN akan menang dengan majoriti yang lebih besar. Di manakah kesilapannya? Apakah BN tidak mampu mengatasi dan menjawab isu-isu yang dikemukakan oleh pembangkang?

BN yang diterajui oleh UMNO sinonim dengan Kerajaan Malaysia sebenarnya sedang dilanda ombak konflik dalaman yang perlu ditangani dengan segera. Pembangkang nampaknya mempunyai kekuatan tersendiri di KT dengan calonnya yang lebih berjiwa rakyat. Sedangkan calon BN hanya ketara turun padang selepas namanya diumumkan oleh pucuk pimpinan BN pada hujung tahun lalu. Ini memberi gambaran bahawa BN kurang bersedia dalam pilihan raya KT dan tidak mampu menjawab isu-isu yang lebih mengkhusus kepada rakyat.

Pembangkang pula sentiasa konsisten dengan isu mereka iaitu isu rasuah dan kenaikan harga barang. Walaupun isu itu dianggap sudah lapuk oleh BN namun bagi rakyat KT mereka berpendapat kerajaan BN masih belum menjawab dan menyelesaikan masalah tersebut. Kenapa harga barang masih belum turun-turun?

Kesilapan besar pucuk pimpinan BN ialah menaikkan harga minyak secara mendadak sehingga RM1.00 pada Jun 2008. Kesilapan itu menyebabkan rakyat jadi panik dan berlaku serbuan pada stesen-stesen minyak pada waktu itu. Harga barang dengan serta merta meningkat dengan ketara sampai hari ini terus meningkat. BN perlu memperbaiki kesilapan itu dan menyalurkan maklumat yang tepat sehingga ke akar umbi.

Saya masih ingat pada awal 1980an Jabatan Pnerangan selalu masuk ke kampung-kampung untuk menyalurkan berita dan diterima baik oleh semua peringkat umur di kampung. hari ini peranan jabatan ini perlu diteruskan supaya BN tidak kalah psikologi. Saya katakan demikian kerana BN wartakan akan menang sebaliknya yang berlaku.

Saya masih ada keyakinan bahawa BN mempunyai potensi untuk memerintah Malaysia dalam beberapa penggal lagi. Tetapi jika suasana hari ini masih berterusan, BN mungkin kecundang pada PRU 13. Bangunlah BN dan jawablah segala hujah pembangkang dengan cara profesional.

Malaysia The Great

Blog ini untuk rakyat Malaysia