Sunday, January 18, 2009

RAKYAT PATUT PILIH BN

Sungguh tidak diduga kemenangan memihak kepada pembangkang di KT. Saya secara peribadi menjangkakan BN akan menang kerana mempunyai banyak kemudahan yang cukup berbanding dengan pembangkang. Namun keadaan disebaliknya berlaku. Ini bermakna politik bercorak ancaman atau menimbulkan spekulasi tentang pihak lawan bukan lagi cara terbaik untuk memikat hati pengundi.

Cukup jelas di sini BN bahawa kemampuan BN mulai pudar pada pandangan rakyat dan tidak lagi sehebat dahulu. Rakyat sepatutnya pilih BN kerana parti ini mempunyai pengalaman dalam mentadbir negara. Apa pun rakyat sudah matang menilai prestasi BN khususnya calon di KT baru-baru ini. Pengalaman mentadbir DUN dan kemesraan kepada rakyat menjadi tunjang kepada kemenangan calon pembangkang.

Permulaan tahun ini sangat menyedihkan bagi BN yang dihimpit dengan suara rakyat yang mendesak untuk membuat perubahan. Namun desakan itu seakan tidak mendapat perhatian dari pemimpin BN. Isu-isu yang berkait rapat dengan perlembagaan seperti martabat Bahasa Melayu tidak diambil kira oleh pucuk pimpinan BN. Sebab itulah rakyat di peringkat akar umbi seakan tidak percaya dengan kepimpinan sekarang. Di manakah perjuangan pemimpin dahulu? Ke manakah perjuangan Bahasa Melayu?

Walaupun sistem pendidikan kebangsaan menggariskan bahawa Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi dalam pelaksanaan dasar pendidikan namun pada hari ini jelas terbukti bahawa Bahasa Melayu bukan lagi bahasa utama dalam pembelajaran di sekolah khususnya di kelas-kelas aliran sains. Bayangkan sahaja jika pelajar itu memasuki kelas aliran sains, pelajar itu terpaksa meningkatkan penguasaan Bahasa Inggerisnya terutamanya untuk mempelajari mata pelajaran Matematik dan Sains tulin (Mathematics, additional Mathematics, Physic, Biology, Chemistry, EST dan English).Pelajar hanya belajar sejarah, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan Bahasa Melayu dalam Bahasa Melayu. penggunaan BI dominan dalam kelas-kelas aliran sains.

Dari segi psikologi, pelajar akan cenderung untuk menggunakan Bahasa Inggeris dalam pertuturan dan penulisan kerana keperluan yang mendesak mereka untuk lulus dalam SPM. Bahasa Melayu akan menjadi bahasa rojak pada peringkat ini.Bagaimanakah nanti selepas SPM?
BN perlu mengkaji dasar parti sekarang dan tidak membiarkan senario seperti di KT berulang lagi. Kekalahan demi kekalahn BN akan memudaratkan kerajaan dan seterusnya membawa kesan yang besar terhadap BN pada masa depan. Kepimpinan BN hendaklah memberi ruang kepada golongan profesional untuk sama-sama memberi idea dalam melaksanakan dasar kerajaan. Pemilihan calon yang cemerlang hendaklah menjadi keutamaan dan bukan kedudukannya dalam parti. Saya mengatakan demikian kerana pemimpin parti yang dipilih pada hari ini banyak bergantung kepada amalan melobi dan populariti. Rakyat hendaklah diberi peluang menerusi SMS untuk mencadangkan calon pilihan berdasarkan perkhidmatan cemerlang dalam kerajaan dan bukan parti. BN hendaklah memberi ruang kepada anggota kerajaan profesional untuk menjadi pemimpin dalam parti asalkan individu tersebut komited dengan tugasnya. Surat akujanji perlu diberi kepada kakitangan kerajaan yang berhasrat untuk menjadi AJK atau ahli Majlis tertinggi parti BN.

Saya sangat yakin anggota kerajaan yang cemerlang akan memberi khidmat cemerlang apabila diberi ruang untuk mentadbir sesuatu DUN.atau Parlimen. BN perlu membuka ruang kepada rakyat melibatkan diri dalam perjuangan BN.

No comments:

Post a Comment